My Blog List

Friday 22 July 2011

Mohd Othman Bin Mohd Idris



Segala puji bagi Allah yang telah memberikan aku kekuatan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi, dengan menyampaikan amanat dari Rasulullah S.A.W bagi menyebarkan ajarannya mengenai Islam dan Amal...

Blog ini terhasil dari kesedaran diriku dan dorongan dari pensyarahku yang memimpin kami berjuang walau dimana medan kami berada. Inilah medan perjuanganku untuk memperbetulkan nilai ibadah dalam diri muslim yang makin jahil dengan agama... TANPA ILMU CACATLAH IBADAH... jadi sekiranya hendak mencapai darjat ibadah yg sempurna, seseorang Muslim perlu memperlajari cara melakukan ibadah dengan betul mengikut apa yang dibenarkan Syarak dan ijtihad para ulamak muktabar... 

DENGAN IZIN ALLAH jualah... maka diharapkan blog ini dapat membantu kaum Muslimin khususnya golongan PELAJAR untuk  mengetahui dan mempelajari asas-asas ibadah yang dituntut didalam Islam seperti WUDUK,TAYAMMUM dan PUASA... 

semoga dengan RAHMAT dari ILLAHI dapatlah kiranya kita sama-sama mempelajari apa yang telah diperintahkan Allah dan Rasulullah dengan jalan Islam yang lurus yang tiada kesesatan di dalamnya selagi kita berpegang pada AlQuran dan AsSunnah seperti apa yang telah disabdakan Nabi Muhammad S.A.W ;


 تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ
كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى
Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku...

SEMOGA KITA DALAM RAHMAT DAN REDHA ALLAH SENTIASA...