My Blog List

WUDHU'




ERTI WUDHU’
1) Wuduk atau wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Jika air tiada atau tidak mencukupi, maka wuduk boleh diganti dengan tayammum.
2)Pengertian wuduk pada syarak adalah membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat.




PERINGATAN!!!

Jika air tiada atau tidak mencukupi, maka wuduk boleh diganti dengan tayammum.

*DALIL AL QURAN TENTANG WUDHU’

Firman Allah S.W.T:
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali. “ - (Surah Al-Maa’idah: 6)
*HUKUM BERWUDHU’
1.   Wajib
§  Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu yang dimulakan dengan niat.
1.    Sunat
§  Ketika hendak mandi wajib
§  Hendak membaca al Quranhadis dan buku
§  Ketika hendak tidur
§  Ketika marah


FARDHU WUDHU’


Menurut Mazhab Syafie
Fardu/Rukun wuduk ada enam:
1.    Niat
2.    Membasuh muka
3.    Membasuh kedua tangan hingga ke siku
4.    Menyapu sebahagian kepala atau sebahagian rambut di dalam hadnya
5.    Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali
6.    Tertib

*BATAL WUDHU’

Menurut Mazhab Syafie
Ada beberapa perkara yang dapat membatalkan wuduk, antaranya adalah:
1.    Keluar sesuatu dari dua jalan (qubul atau dubur).
2.    Hilang akal, sama ada sementara atau kekal.
3.    Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
4.    Menyentuh kemaluan atau pintu dubur dengan telapak tangan.
5.    Tidur, kecuali apabila dalam keadaan duduk dan tidak berubah kedudukannya.
6.    Murtad




*KESEMPURNAAN WUDHU’

Berikut merupakan cara-cara mendapatkan wuduk yang lebih sempurna:
§  Mendahulukan bahagian tubuh yang sebelah kanan
§  Mengulangi membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali
§  Tidak berkata-kata
§  Menghadap kiblat
§  Berniat
§  Membaca basmalah
§  Membasuh telapak tangan hingga ke pergelangan
§  Berkumur
§  Menggosok gigi (bersiwak)
§  Membersihkan hidung
§  Membasuh muka
§  Membasuh tangan hingga ke siku
§  Mengusap sebagian kepala
§  Mengusap kedua telinga; luar dan dalam
§  Membasuh kaki hingga ke buku lali
§  Membaca doa sesudah berwuduk
§  Bersolat sunat wuduk sebanyak 2 raka'at.
§  Tertib (berurutan)


*PERKARA-PERKARA SUNAT KETIKA BERWUDHU’

Menghadap ke arah Kiblat.
§  Membaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
§  Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwudhu'.
§  Berkumur atau bersugi.
§  Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
§  Menyapu air ke kepala.
§  Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
§  Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
§  Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
§  Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
§  Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
§  Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwudhu'.
§  Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wudhu' dengan kain atau sebagainya.
§  Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
§  Berjimat ketika menggunakan air.
§  Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wudhu'.

§  Membaca Doa Selepas wudhu'setelah selesai berwudhu'.

*FADHILAT BERWUDHU’
Secara amnya kita mendapati wuduk adalah salah satu langkah wajib atau syarat untuk memastikan solat atau sembahyang yang dilakukan oleh umat Islam itu dianggap sah.Serta memastikan kebersihan anggota badan dan kesucian rohani dan jiwa itu sentiasa terpelihara.Namun demikian terdapat fadhilah lain juga boleh diperolehi oleh orang yang bersifat ikhlas dan menyempurnakan wuduknya dengan baik sekali.Misalnya:

1)    Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik,dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya." (Hadis Riwayat Muslim(361))

2)    Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik kemudian dia berkata,Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya:Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu(Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya.Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. (Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))




SoAl JaWaB USTaZ @_@  beRkeNaaN Wudhu'



SOALAN UNTUK USTAZ J



1) dalam mazhab syafei, yang mana dikira air mustakmal ?

2) Bolehkan seorang muslim mengambil wuduk dengan air yang telah digunakan untuk berwuduk oleh seorang muslim yang lain?
adakah ini sebenarnya yang dimaksudkan dengan air mustakmal ?

3) ada seorang muslim yang taat, beliau tidak suka kalau ada air wuduk daripada orang sebelah beliau terpercik kepadanya.
Beliau kira sebagai air mustakmal dan tidak sah wuduknya.

betulkah apa yang diyakini beliau?
air mustakmal yg macam mana yang dikira tidak sah wuduk dalam mazhab syafei... adakah air yg terpercik sikit2 itu dikira tidak sah wuduk?



JAWAPAN DARI USTAZ J


1- Dalam Mazhab Syafie, yang dimaksudkan air musta'mal ialah air yang digunakan dalam taharah yang fardhu.

Contohnya dalam masalah wudhuk, air musta'mal ialah yang digunakan untuk membasuh muka pada basuhan pertama. Begitu juga yang digunakan untuk membasuh tangan, kaki pada basuhan pertama sahaja.

Jadi, yang digunakan untuk basuhan sunat tidak dikira sebagai musta'mal. Ia tetap kekal dengan status air mutlaq. Contohnya, air basuhan muka pada kali kedua dan ketiga. Begitu juga air yang digunakan pada wudhuk orang yang masih tidak berhadas (memperbaharui wudhuk') tidak dimasukkan dalam kategori air musta'mal.

Dalam Matan Minhaj Talibin:

والمستعمل في فرض الطهارة قيل ونفلها غير طهور

Maksudnya "Air yang digunakan dalam taharah yang fardhu -ada pendapat: dan juga sunat- adalah tidak menyucikan".

Ulama Syafieyyah meletakkan syarat untuk dikira air musta'mal ialah:

1- Air itu sedikit (kurang dua qullah).
2- Digunakan dalam basuhan fardhu.
3- Air itu berpisah dari anggota.
4- Bukan niat untuk dijadikan cebuk.

(I'anah al-Talibin 1/38)

2- Air yang telah digunakan oleh orang lain dalam mengambil wuduk adalah air musta'mal. Hukum menggunakan air ini ada khilaf di kalangan fuqaha. Pendapat yang lebih berjaga-jaga ialah tidak menggunakan air ini supaya dapat keluar daripada khilaf. Lagipun air yang sudah digunakan mungkin terdapat kotoran daripada daki-daki dll.

3- Dalam Mazhab Syafie sendiri, air musta'mal adalah suci cuma tidak menyucikan. Jadi tidak timbul persoalan air musta'mal orang bersebelahan terpercik lalu terkena kita, menyebabkan tidak sah wudhuk.

Kerana terlalu menyusahkan diri hingga takut terkena percikan air orang sebelah adalah satu perbuatan ghuluww (melampau dalam agama). Dalam sirah ada menyebut para sahabat yang ramai berwudhuk dari satu bekas sahaja. Bilangan mereka antara 70-80 orang berwudhuk dari satu bekas. Ada riwayat menyebut sehingga 300 orang. Semuanya riwayat sahih yang direkod dalam Bukhari dan lain-lain. Tidak timbul masalah air terpercik lalu membatalkan wudhuk orang lain.

Wallahu A'lam...
 :)