My Blog List

PUASA



*ERTI PUASA

1) Puasa secara amnya boleh diertikan sebagai menahan diri daripada makanan atau minuman untuk suatu jangkamasa yang tertentu.

2) Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari dengan niat.



PERINGATAN!!!
Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.

*RUKUN PUASA

Rukun puasa ada tiga (3) : 

 1.
Orang yang berpuasa.
 2.
Niat.
 3.
Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa.

NIAT PUASA RAMADHAN
LAFAZ NIAT PUASA

nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis
sanati lillahi ta’aalaa

LAFAZ NIAT PUASA UNTUK SEBULAN
sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala


*SYARAT-SYARAT SAH PUASA

Maksud syarat-syarat sah puasa ialah perkara-perkara yang diperlukan supaya puasa yang dilakukan dianggap sah oleh syarak, di mana tanpanya puasa tidak sah  atau batal.

Apakah dia syarat-syarat sah puasa ialah :
1.    Islam; tidak sah puasa orang kafir atau orang yang murtad dari agama.
2.    Berakal; tidak sah puasa orang gila dan juga kanak-kanak yang belum mumayyiz kerana puasa memerlukan niat dan niat ini hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yang berakal sahaja.
3.    Bebas dari haid dan nifas; tidak sah puasa wanita yang kedatangan haid dan nifas, malah diharamkan mereka berdua berpuasa.
4.    Puasa dilakukan pada hari-hari yang diharuskan berpuasa; hari-hari sepanjang tahun merupakan waktu yang harus berpuasa kecuali dua hari raya, hari-hari Tasyriq dan hari syak.



*TEMPOH HARAM BERPUASA

Tempoh haram puasa adalah tempoh masa apabila orang-orang Islam dilarang berpuasa. Hikmahnya adalah ketika semua orang bergembira, seseorang itu perlu turut bersama meraikannya.
§  Berpuasa pada Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal)
§  Berpuasa pada Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah)
§  Berpuasa pada hari-hari Tasyrik (11, 12, dan 13 Zulhijjah)
Selain itu, terdapat juga tempoh apabila puasa diharamkan sementara atas sebab tertentu:
1.   Puasa Hari Syak iaitu hari ke-30 Sya'ban (puasa kerana tidak pasti Ramadan sudah masuk atau belum)
2.   Puasa wanita yang mendapat haid & nifas
3.   Puasa sunat seorang wanita tanpa izin suaminya
4.   Puasa bagi orang sakit yang bimbang berlakunya mudarat ke atas dirinya
5.   Puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah SWT



PERINGATAN!!!
Selain keadaan di atas, ada juga tempoh di mana puasa bersifat makruh, seperti puasa sunat hari Jumaat tanpa diiringi puasa pada hari Khamis atau Sabtu atau apabila diajak ke walimatulurus.


SoAl JaWaB USTaZ @_@  beRkeNaaN PUASA

# ADAKAH PUASA BAIK UNTUK KESIHATAN DAN APAKAH BUKTINYA???
Ramai juga orang di zaman  moden ini yang berpuasa atas sebab-sebab kesihatan, sama ada untuk menjalani pemeriksaan/pembedahan atau untuk menyihatkan badan.
Satu contoh yang utama ialah apabila pesakit dikehendaki berpuasa selama beberapa jam sebelum menjalani pembedahan atau prosedur-prosedur yang memerlukan penggunaan ubat bius. Ini kerana makanan di dalam perut boleh mengurangkan keberkesanan ubat bius itu. Satu lagi contoh ialah apabila menjalani sesetengah pemeriksaan kesihatan, biasanya kita akan diminta berpuasa supaya garis dasar (baseline) dapat dikenal pasti.
Ada juga orang yang berpuasa sebagai salah satu cara berdiet. Biasanya mereka perlu berpuasa agak lama, sekurang-kurangnya seminggusebelum ia berkesan. Namun, mereka mungkin masih mengambil makanan sihat, seperti jus buah-buahan ataupun sayur-sayuran.
Sebuah kajian yang agak baru ke atas tikus mendapati bahawa berpuasa selang sehari, dan memakan dua kali ganda lebih banyak pada hari-hari tidak berpuasa memberikan kawalan insulin yang lebih baik dan ketahanan neuron daripada kecederaan. Kesan-kesan ini hampir sama dengan tikus-tikus yang diberi diet kalori terhad. Ini mungkin bermakna berpuasa selang sehari merupakan satu alternatif kepada pengehadan kalori untuk hidup yang lebih sihat dan lama.
Ini adalah  kerana badan manusia menggunakan lebih kurang satu pertiga keseluruhan tenaga semasa masa jaga. Apabila badan sentiasa menggunakan tenaga tetapi tiada makanan yang diambil, badan manusia akan mencari sumber tenaga yang lain, seperti glukosa daripada simpanan glikogen di dalam limpa, asid lemak daripada lapisan lemak yang disimpan, dan akhirnya daripada tisu-tisu protein yang penting. Badan manusia tidak mempunyai masalah untuk bergantung dengan asid lemak, tetapi otak dan sistem saraf bergantung kepada glukosa. Apabila simpanan glukosa ini telah hampir habis, badan manusia mula menghasilkan ketone bodies (acetoactate, hydroxy-butyrate, and acetone) daripada protein. Kehabisan sumber protein ini boleh menyebabkan kematian. Jadi, para doktor amat menggalakkan pemakanan yang berkhasiat sahaja apabila hendak berpuasa.
Selain itu, terdapat beberapa lagi kebaikan berpuasa untuk kesihatan, seperti:
1.    memberi kerehatan kepada perut untuk meningkatan kecekapan
2.    menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik di dalam darah manusia
3.    mengurangkan/menghapuskan ketagihan terhadap arak dan rokok
Hasilnya, kesihatan manusia akan bertambah baik. Berat badan dan risiko-risiko penyakit yang berkaitan dengan kegemukan dapat dikurangkan, dan umur seseorang itu boleh bertambah panjang.


#APA HUKUM PUASA BAGI  KANAK-KANAK ???

Kanak-kanak apabila telah mumayyiz, sahlah puasanya tetapi belum wajib. Apabila sampai umurnya tujuh tahun, ibu-bapa atau penjaganya hendaklah melatihnya berpuasa –jika tiada sebarang halangan- sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah –shallalahu „alaihi wasallam- dalam hadis baginda mengenai solat. Apabila ia mencecah usia baligh, wajiblah atasnya berpuasa.
Sabda Nabi –shallallahualaihi wasallam- (bermaksud); “Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat tatkala mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (jika enggan menunaikannya) tatkala mereka berumur 10 tahun. Pisahkanlah antara mereka (yakni antara anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan) pada tempat-tempat tidur mereka (ketika berumur 10 tahun itu)”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim dari Abdullah Ibn Amru r.a.)